Khamis, 27 Oktober 2011

Belajar Mengira dalam Bahasa Jepun

Salam semua,
Tahniah kerana mengikuti blog saya.

Untuk permulaan pelajaran bahasa Jepun kita, mari kita mulakan dengan yang paling mudah dulu, iaitu membilang nombor atau pengenalan nombor dengan bahasa Jepun.

Mulakan dari nombor 1 dan langkahlah ke seterusnya!

Nombor dari 1 hingga 10:
Anda boleh mahir mengira dari nombor 1 hingga 10 sekarang juga. Lihat rajah di bawah
Japanese Numbers from 1 to 10


Nombor dari 11 hingga 99
Sistem nombor dalam bahasa Jepun ialah sangat mudah dan logik seperti bahasa Malaysia. 
 
Sebagai contoh:
  • 11 ialah jyuu-ichi (jyu-u-i-chi) - 10 (jyu) plus 1 (ichi).
  • 12 ialah jyuu-ni (jyu-u-ni) - 10 (jyuu) plus 2 (ni).
  • 20 ialah dua set dari sepuluh, jadi anda cakap "dua sepuluh" atau ni-jyuu (ni-jyu-u).
  • 21 ialah ni-ju-ichi (ni-jyu-u-i-chi) - 20 (ni-jyu) plus l (ichi).
Anda boleh gunakan kaedah ini untuk mengira sehingga kyuu-jyuu-kyuu (kyu-u-jyu-u-kyu-u; 99, atau 9 sepuluh campur 9).

Nombor dari 100 sehingga 9,999
Untuk mengira lebih dari 100, gunakan bentuk nombor 11 sehingga 99 tadi:
  • 100 ialah hyaku (hyah-koo), jadi 200 ialah ni-hyaku (nee-hyah-koo).
  • 1,000 ialah sen (sehn), jadi 2,000 ialah ni-sen (nee-sehn).
Japanese Numbers from 100 to 9000
Nombor dari 10,000 hingga 100,000
 
Dalam bahasa Jepun, mereka ada bilangan istimewa untuk 10,000: man (ma-n). Untuk 50,000, anda boleh cakap go-jyu-sen sebab mengikut logik matematik bahawa 50,000 ialah go-jyu (50) untuk sen (1,000), tetapi orang Jepun akan mengatakan go-man (go-man; 50,000). 10,000 ialah ichi-man (i-chi-man; 10,000), 20,000 ialah ni-man (ni-man; 20,000), dan seterusnya. 100,000 ialah bukan 100 sen (thousand) tetapi 10 man, or ju-man. Sudah faham sekarang? Sila lihat rajah di bawah untuk membezakan nama digit.
   

Japanese Numbers Digit Names
Jika anda tidak pasti untuk mengira, lihat seperti rajah nombor berikut yang melebihi 10,000.
 

Japanese Numbers From 10,000 t0 20,000

Nombor dalam bahasa Jepun adalah sebenarnya yang paling mudah anda faham bila anda mula hendak belajar bahasa Jepun. Cuba bayangkan kaedah yang paling logik untuk anda mengingat pernomboran mereka dan mula mengira.

Apa yang perlu anda lakukan?

Untuk seminggu berikutnya, Anda cubalah mengira semua yang anda nampak dalam bahasa Jepun. Jika tak pasti, lihat semula rajah di atas dan kira atau baca lagi sekali sehingga anda betul-betul boleh faham cara kiraan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan