Selasa, 25 Oktober 2011

Mari Belajar Bahasa Jepun

Assalamualikum semua,
Selamat Datang ke Blog saya http://www.bercakapbahasajepun.blogspot.com/

Blog belajar bahasa Jepun ini khas di wujudkan untuk bersama-sama belajar bahasa Jepun dengan saya. Sejak setahun yang lepas, saya telah menyertai Syarikat besar dari Jepun di Malaysia. Malangnya, saya tidak pandai berbahasa Jepun. Nak buat macamana, sejak dari dulu dah memang asal belajar bahasa Inggeris je walau memanjang lepas atas pagar je. Walaupun begitu, saya dah jadi advance kerana dah lebih 10 tahun di Syarikat US dalam bidang teknikal. Kira tahap pekerja mahir laa.. Alhamdulillah.

Semenjak bekerja di syarikat Jepun ni, kira canggih juga la.. Walaupun sepatah haram saya tak pandai berbahasa Jepun, hari-hari saya selalu meeting dengan Managing Director saya yang berbangsa Jepun. Semua teknikal team kat sini juga berbangsa Jepun dan berbahasa Jepun dan sangat rapat dengan saya. Bos dan rakan saya juga ramai yang boleh berbahasa Jepun. Hairan juga, walau tak pandai berbahasa Jepun, tapi mereka sangat memberi kepercayaan dengan saya, mungkin kerana pengetahuan saya yang luas dari bidang teknikal.

Untuk tidak meneruskan ke-hampeh-an saya dalam bahasa Jepun, saya menjemput semua yang menyertai blog saya untuk join sekali dengan saya belajar bahasa Jepun. Lagipun tak rugi, pengetahuan baru. Terpulanglah, nak add saya dalam facebook pun boleh.

Mari kita bermula, Update berikutnya adalah untuk start belajar bahasa Jepun.

Wassalam.

Pengarang
http://www.bercakapbahasajepun.blogspot.com/

p/s: Semua kandungan dalam blog ini tiada berkepentingan dengan mana-mana pihak dan hanyalah inisiatif sendiri je. Ini memandangkan banyak blog hampeh yang di buat oleh orang Melayu kita dan menyusahkan orang lain mendapatkan maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan